Sultan Johor Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Gelaran hormat bagi
Sultan Iskandar

Gaya panggilanDuli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturanDuli Yang Maha Mulia
Gaya pilihanTuanku

Tunku Mahmud ditabal oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.[25]

Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud ditabal sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyhurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan.[26] Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, ditabal sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga mangkat pada tahun 1989.[12] Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar ditabal sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.[27]

Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja pada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dari Pahang pada 26 April 1984.[28] Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.[29]

Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar menabalkan cucundanya Tunku Ismail Idris, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris ketiga takhta Johor) dalam majlis pertabalan sempena hari keputeraanya.[30]

Hal ehwal dalam negeri

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar.[31] Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor.[32] Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda[33][34], yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang.[35]

Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana.[36] Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.[37]

Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman".[38] Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan.[39][40]

Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama. Kompleks ini dinamakan sempena baginda,[41] yang berpandangan optimis akan kejayaannya pada ucapan pembukaan baginda.[42][43]

Hubungan luar negeri

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengeratkan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara.[44] Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan,[45][46] terutamanya pada bulan Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan[47] kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957.[48][49] Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) dari Sultan Iskandar.[50]

Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean[51] dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.[51]

Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.[52]

Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong.[53] Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah bercemar duli ke negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.[54]

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail http://www.capi.uvic.ca/pubs/oc_papers/GILLEN.pdf http://www.asiaone.com/Health/News/Story/A1Story20... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.everysingleplace.com/features/7576154-t... http://www.iht.com/articles/1992/12/15/mayl.php http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9A0... http://d.scribd.com/docs/1qk1gf12zfh2pc7brw49.pdf